Abdul Hadi dalam posting terkininya berhubung  Kesihatan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital. FACEBOOK Muhammad Khalil Abdul Hadi
Abdul Hadi dalam posting terkininya berhubung Kesihatan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital. FACEBOOK Muhammad Khalil Abdul Hadi
BERNAMA

Kuala Terengganu: Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman, ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, dimasukkan ke wad semalam disebabkan demam dan bukannya masalah jantung, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Saya dan beberapa Exco negeri serta pimpinan PAS Terengganu ada melawat beliau tengah hari tadi. Keadaan beliau baik dan doktor telah memberi pelepasan (Abdul Hadi) pulang pada jam 2 petang tadi.

"Sebentar tadi pun saya telah hubungi keluarga tuan guru dan dimaklumkan beliau sudah tiba di rumahnya di Rhu Rendang (Marang)," katanya.

Semalam, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan terpaksa dimasukkan ke wad HSNZ bagi mendapatkan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2023 @ 5:22 PM