ABDUL Hadi. FOTO Arkib NSTP
ABDUL Hadi. FOTO Arkib NSTP
Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu, pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-lapan masih sah mengikut Perlembagaan.

Beliau turut menegaskan, Pas memutuskan ketetapan untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Katanya, 18 Ahli Parlimen Pas memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin.

"Pas juga akan terus memperteguhkan setiakawan dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN)," katanya melalui kenyataan hari ini.

Pendirian Pas untuk terus menyokong Muhyiddin itu dikeluarkan susulan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Anwar mendakwa, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengajak seluruh rakyat bersatu hati mendukung usaha dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi secara bersama.

Berita berkaitan:

  • Muhyiddin perlu dikekalkan - MB Kedah
  • Bubar saja Parlimen - Tajuddin
  • Pas cabar Anwar senaraikan nama beri sokongan
  • Tiada Ahli Parlimen GPS lompat - Abang Johari
  • Ada Ahli Parlimen Umno, BN nyata sokongan kepada Anwar: Ahmad Zahid
  • Saya masih Perdana Menteri: Muhyiddin
  • Agong titah semua pihak utamakan kesejahteraan rakyat
  • Anwar rakus, gila kuasa
  • GPS berdiri teguh di belakang Muhyiddin
  • DAP sokong Anwar
  • PM tenang saja
  • 'Kerajaan tidak tumbang dengan hanya isytihar sahaja'
  • Amanah sokong Anwar
  • 'Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen' - Anwar
  • Anwar umum dapat sokongan kukuh bentuk kerajaan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 9:02 PM