Lori kontena sarat dengan muatan 2,150 karton bir yang dirampas URM PPMW5 Bintulu di Batu 12 Jalan Bintulu-Miri pagi semalam. FOTO ERIKA GEORGE
Lori kontena sarat dengan muatan 2,150 karton bir yang dirampas URM PPMW5 Bintulu di Batu 12 Jalan Bintulu-Miri pagi semalam. FOTO ERIKA GEORGE
Erika George


Bintulu: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Bintulu merampas 2,150 karton minuman keras tidak bercukai selepas memeriksa sebuah lori kontena di Batu 12, Jalan Bintulu-Miri, semalam.

Komander PPM Wilayah 5 Bintulu, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata, dalam operasi Unit Risikan Marin (URM) pada jam 9 pagi itu pemandu lori kontena iaitu lelaki tempatan berusia 44 tahun turut ditahan.

Katanya, pemeriksaan mendapati lori kontena itu sarat dengan muatan bir pelbagai jenama yang tidak bercukai.

"Pemandu gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkaitan pemilikan atau kebenaran membawa minuman keras terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah 5 Bintulu sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu bagi tindakan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 3:48 PM