POLIS mengesan tiga lelaki dikenali Rosli Mahat, Choy Chee Leong dan Chew Kun Guan bagi membantu siasatan kes penipuan jual beli kereta mewah membabitkan kerugian RM60,000. FOFO ihsan PDRM
POLIS mengesan tiga lelaki dikenali Rosli Mahat, Choy Chee Leong dan Chew Kun Guan bagi membantu siasatan kes penipuan jual beli kereta mewah membabitkan kerugian RM60,000. FOFO ihsan PDRM
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Polis mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan jual beli kereta mewah membabitkan kerugian RM60,000.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Individu yang dicari itu adalah Rosli Mahat alamat terakhir di No 6 Jalan BA 1/1 Laman Oakleaf Bukit Antarabangsa, Ampang.

"Turut dicari ialah Choy Chee Leong beralamat di No 48 Jalan Dayang 25/8, Seksyen 8 Bandar Mahkota, Batu 9 Cheras, Selangor dan Chew Kun Guan beralamat di No 8-1 Jalan Prima 6, Pusat Niaga Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Amirul Asyafi Abdullah di talian 010-9181927.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 8:07 PM