PRAKASH, SABRINA diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi keterangan. FOTO Ihsan Polis
PRAKASH, SABRINA diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi keterangan. FOTO Ihsan Polis
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan dua individu bagi perbicaraan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang berlaku di daerah Sentul.

Individu yang dikenali sebagai Prakash Ragu Veeran,29, beralamat terakhir di No 22 Kampung Matang Jambu, Matang, Perak dikehendaki bagi memberi keterangan di mahkamah.

Seorang lagi individu yang sedang dikesan ialah M Sabrina,29, yang beralamat terakhir No 3F-10 Blok A, Jalan Minang 4, Taman Minang, Cheras.

Kedua-dua individu berkenaaan dikehendaki bagi memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Jenayah 5, Kuala Lumpur pada 5 Oktober ini berhubung kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

Orang ramai atau individu yang memiliki maklumat mengenai kedua-dua inidviduberkenaan supaya tampil membantu.

Mereka diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul atau balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Narkotik, Asisten Superintendan Muhamad Nazif Wahab di talian 011-2351 5129.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2023 @ 6:09 PM