GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Rentas negeri/daerah merekodkan kesalahan tertinggi gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila 38 kes kesalahan direkodkan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 95 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP di seluruh negara semalam.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 86 dikompaun manakala sembilan lagi direman.

"Kesalahan lain adalah gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (31), aktiviti pusat hiburan (17), tidak memakai pelitup muka (8) dan tiada penjarakan fizikal (1).

"Mengenai Operasi Benteng pula, pihak berkuasa menahan tiga pendatang asing tanpa izin (Pati) dan merampas tiga kenderaan darat, semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 148 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 21 aktiviti penglihatan dengan 14 Pati diusir melalui tiga aktiviti pengusiran

"Semalam, seramai 661 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara.

"Semalam, seramai 1,842 warga asing menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, tiga didapati positif Covid-19," katanya.

Beliau berkata, secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 674,608 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 membabitkan 34,932 majikan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 April 2021 @ 6:37 PM