DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Bernama.
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Bernama.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Seramai enam individu ditahan dan dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan terbabit adalah tidak memakai pelitup muka (4) dan gagal menyediakan peralatan merekod diri pelanggan (2).

Berkenaan Op Benteng, Ismail Sabri berkata, seramai 49 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dan sebuah kenderaan darat serta sebuah bot/kapal dirampas.

"Pihak berkuasa turut mengesan 128 bot dan kapal di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan semalam.

"Seramai 1,406 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam dan mereka dikuarantin di stesen kuarantin seluruh negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 6:11 PM