GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Dua individu dikompaun selepas cuba merentas negeri tanpa kebenaran dan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 3,692 pasukan pematuhan membabitkan 15,737 anggota membuat pemantauan di 4,582 pasar raya, restoran (5,795), kilang (2,125), bank (3,011), pejabat kerajaan (1,019) dan penjaja (4,022).

Menurutnya, turut dipantau ialah pasar awam/tani (120), tempat ibadah (231), tempat riadah (16,447), terminal pengangkutan darat (3,194), terminal pengangkutan air (1,807) dan terminal pengangkutan udara (1,006)

Selain itu, Ismail Sabri berkata, seramai 50 pendatang tanpa izin (Pati) ditahan dalam Operasi Benteng selain 11 Pati diusir melalui tiga aktiviti pengusiran, semalam.

"Sebanyak 124 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan.

"Semalam, seramai 638 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 667,896 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan Covid-19 membabitkan 34,653 majikan.

"Daripada jumlah itu, seramai 10,116 orang disahkan positif Covid-19 manakala 657,780 lagi adalah negatif," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 April 2021 @ 6:02 PM