RAKAMAN gambar yang tular di media sosial seorang lelaki dipercayai terjun bangunan. FOTO tular media sosial
RAKAMAN gambar yang tular di media sosial seorang lelaki dipercayai terjun bangunan. FOTO tular media sosial
BERNAMA

Seremban: Polis mengesahkan menerima laporan seorang lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan dikatakan di Kemayan Square, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.45 petang tadi.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan motif kejadian masih dalam siasatan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, untuk rawatan susulan.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 41 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki jatuh dari sebuah bangunan dan menimpa tong sampah di tingkat bawah bangunan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 11:00 PM