Seorang pelayan sebuah restoran di Kemayan Square, mati selepas mengadu sesak nafas ketika mengangkat barangan di kediamannya, semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa Mausam Rai, 20, yang juga warga Nepal dikatakan mengangkat barangan berat di rumah sewa ke tingkat dua sebuah bangunan.

Katanya, mangsa bekerja di restoran tingkat bawah mengalami sesak nafas selepas mengangkat barangan berkenaan yang turut disaksikan tiga rakan sekerjanya.

“Seorang rakan mangsa memberitahu Mausam menghidap darah tinggi sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, di sini, bulan lalu.

“Mangsa juga memberitahu dia mudah penat sekiranya mengangkat barangan berat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 4:57 AM