Mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian dalam kemalangan terbabit di Jalan Besar Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian dalam kemalangan terbabit di Jalan Besar Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Essa Abu Yamin


SEORANG penunggang motosikal meninggal dunia akibat merempuh babi hutan di jalan besar Sungai Tongkang, Rengit dekat Batu Pahat, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pada kejadian jam 8.14 pagi, Shahrulnizam Isrofil, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

"Mangsa menunggang Yamaha LC135. Mayat diserahkan kepada polis untuk proses selanjutnya.

"Sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit dikerah ke lokasi dan operasi tamat jam 9.02 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2020 @ 2:33 PM