MAYAT warga emas (gambar kiri) yang ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan tujuh di Semporna. FOTO Ihsan Bomba
MAYAT warga emas (gambar kiri) yang ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan tujuh di Semporna. FOTO Ihsan Bomba
Abdul Rahemang Taiming


Semporna: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan tujuh kediaman di Kampung Pinggiran Bakau, dekat sini, 9 pagi tadi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menemukan mayat mangsa dikenali sebagai Ladin, 70, di dalam tandas sebuah rumah yang terbabit dalam kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 9.02 pagi, sebelum sepasukan 18 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba di lokasi, didapati tujuh rumah dan sebuah kedai serta sebuah kenderaan terbakar.

"Pasukan bomba bertindak mengawal kebakaran sebelum menemukan mayat mangsa jam 11.16 pagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, operasi turut dibantu BBP Atas Air Semporna, Agensi Pertahanan Awam Malaysia, Rela dan polis sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.30 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 3:08 PM