KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Malaysia memantau kamera pengimbas haba bagi mengesan suhu badan penumpang yang tiba di KLIA. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Malaysia memantau kamera pengimbas haba bagi mengesan suhu badan penumpang yang tiba di KLIA. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Suraya Roslan


KEMENTERIAN Kewangan meluluskan segera peruntukan tambahan untuk perolehan 12 pengimbas suhu bagi mengenal pasti dan mengesan individu yang mempunyai gejala koronavirus baharu di pintu masuk negara.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, memandangkan permohonan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkaitan usaha perlindungan kesihatan awam dan bersifat kritikal, pihaknya menyegerakan serta-merta peruntukan tambahan itu.

“Saya meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memberikan kerjasama penuh supaya peruntukan ini dapat disalurkan secepat mungkin.

“Pengimbas suhu ini bagi memastikan kemampuan kakitangan KKM mengenalpasti individu yang mempunyai simptom menghidap virus 2019-nCoV (koronavirus baharu) dapat diperkukuhkan lagi di pintu masuk negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan memberikan sokongan penuh kepada KKM supaya kemampuan agensi kesihatan awam untuk melakukan tugas mereka berada pada tahap bertepatan dengan piawaian kesihatan antarabangsa.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 1:28 PM