SHAHJAHAN Bouya. FOTO fail AFP
SHAHJAHAN Bouya. FOTO fail AFP
AFP

Dhaka: Seorang algojo di Bangladesh, meninggal dunia pada Isnin, setahun selepas dia dibebaskan dari penjara.

Menurut rekod, ketika menjalani hukuman penjara, Shahjahan Bouya, 70, pernah menggantung beberapa pembunuh bersiri terkenal di negara itu.

Menurut polis, dia turut melaksanakan hukuman gantung itu untuk ahli politik pembangkang yang disabitkan dengan jenayah perang dan perancang rampasan kuasa.

Sejak dibebaskan dari penjara Jun lalu, Shahjahan menulis sebuah buku yang laris jualannya.

Buku itu menceritakan pengalamannya sebagai seorang algojo dan berkahwin secara ringkas dengan seorang gadis muda 50 tahun lebih muda daripadanya.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dia menarik perhatian pengguna TikTok menerusi klip pendek dengan remaja perempuan.

Menurut polis, Shahjahan berasa sakit dada pada pagi Isnin di rumahnya di Hemayetpur, sebuah bandar perindustrian di luar ibu kota Dhaka, dan dikejarkan ke Hospital Suhrawardy Dhakaz

"Dia meninggal dunia ketika dibawa ke hospital dan doktor tidak dapat memastikan punca sebenar kematiannya," kata Sajib Dey, ketua balai polis di Dhaka, kepada AFP.

"Dia mengalami kesukaran bernafas.

"Dia menyewa salah sebuah bilik kami, hanya 15 hari lalu. Dia tinggal seorang diri," kata Abul Kashem, pemilik kediaman itu, kepada AFP.

Bouya sebelum ini menjalani hukuman penjara 42 tahun atas kesalahan bunuh.

Tetapi berpuluh-puluh hukuman gantung yang dilaksanakannya terhadap banduan lain di penjara membantu mengurangkan tempoh hukumannya. Ia membawa kepada pembebasan lelaki itu dari penjara, tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 12:11 PM