FILE PHOTO: Scaled-down replicas of 2018 FIFA World Cup trophy are displayed at the showroom of a factory which manufactures official licensed products in Dongguan, China May 8, 2018. Picture taken May 8, 2018.   REUTERS/Bobby Yip/File Photo
FILE PHOTO: Scaled-down replicas of 2018 FIFA World Cup trophy are displayed at the showroom of a factory which manufactures official licensed products in Dongguan, China May 8, 2018. Picture taken May 8, 2018. REUTERS/Bobby Yip/File Photo
Irwan Shafrizan Ismail


MAXIS Berhad menjadi penaja utama siaran secara langsung 41 daripada keseluruhan 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Russia yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, ia membabitkan tajaan RM18 juta.

Beliau berkata, AirAsia Berhad pula menjadi penaja emas dengan tajaan RM12 juta, sekali gus melengkapkan tajaan bagi pembayaran kos hak penyiaran acara sukan itu yang berjumlah RM30 juta.

Menurutnya, selain Maxis dan AirAsia, ada beberapa pihak lain turut menunjukkan minat untuk menaja siaran langsung berkenaan.

“Perkara ini masih dalam proses perbincangan antara RTM dan pihak yang berkenaan, dan kita galakkan sesiapa yang berminat untuk menaja boleh tampil ke hadapan.

“Kos RM30 dibayar bagi hak penyiaran 41 perlawanan, jadi bagi pihak yang terus berminat untuk menaja, tajaan itu boleh kita gunakan untuk tujuan promosi dan mungkin tambahan siaran perlawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan siaran kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 secara percuma di RTM di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Kos penyiaran secara langsung 41 daripada keseluruhan 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Russia menerusi RTM membabitkan peruntukan RM30 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Jun 2018 @ 12:36 PM