GOBIND  menunjukkan surat daripada Sport & Media Distributor menawarkan kos penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia secara langsung berjumlah RM30 juta semasa sidang media khas di Kementerian Kewangan. FOTO/AHMAD IRHAM MOHD NOOR

Wartawan NSTP

KOS penyiaran 41 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya membabitkan peruntukan RM30 juta dan bukan RM40 juta seperti dinyatakan sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, dari jumlah itu pihaknya sudah memperoleh tajaan RM15 juta untuk menampung separuh kos berkenaan.

“€œKita mendapat surat daripada Sport & Media Distributor yang menawarkan kos penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia secara langsung berjumlah RM30 juta,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Berita berkaitan

[UPDATE] Piala Dunia 2018 live di RTM

Rais: Dari mana datang RM40 juta?

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mei 2018 @ 5:29 PM