KEADAAN mangsa maut yang tersepit akibat kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Bukit Putus. FOTO Ihsan pembaca
KEADAAN mangsa maut yang tersepit akibat kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Bukit Putus. FOTO Ihsan pembaca
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


KAD jemputan perkahwinan, Al-Quran dan beberapa barangan perkahwinan ditemui bersama lelaki yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah, petang tadi.

Difahamkan, mangsa Abdul Saiyuti Arif Abdul Aziz, 37, bakal berkahwin pada bulan hadapan.

Dalam kejadian terbabit, mangsa yang berasal dari Endau dalam perjalanan ke arah Kuala Pilah, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada anggota badan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Amer Abu Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.45 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama satu jentera dan sembilan anggota.

Katanya, sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati mangsa yang memandu Honda Civic, tersepit di tempat duduk pemandu.

“Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, manakala seorang lagi mangsa yang memandu Honda Accord iaitu lelaki berusia 50-an hanya mengalami cedera,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 9:15 PM