KEADAAN lori muatan pasir terbalik yang dipandu seorang lelaki pengsan selepas terbabas dan masuk ke gaung sedalam 30 meter di Jalan Bukit Putus.  FOTO/ IHSAN BOMBA
KEADAAN lori muatan pasir terbalik yang dipandu seorang lelaki pengsan selepas terbabas dan masuk ke gaung sedalam 30 meter di Jalan Bukit Putus. FOTO/ IHSAN BOMBA
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


LELAKI pengsan selepas lori muatan pasir dipandunya terbabas dan masuk ke gaung sedalam 30 meter di Jalan Bukit Putus, Seremban, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang, Zainurin Sharif, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.46 pagi dan bergegas ke lokasi bersama satu jentera dan tujuh anggota.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati mangsa Zainal Mohamad Musa, 41, dari Triang, Pahang tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu.

“Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tidak cedera.

“Mangsa yang dipercayai dari arah Kuala Pilah menuju Seremban kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mei 2018 @ 10:29 AM