Pengunjung tidak melepaskan peluang memilih barangan yang dijual di  Bazar Jualan Amal Garaj dan Bonet Kereta Badan Kebajikan Pejabat Daerah Kubang Pasu, semalam.
Pengunjung tidak melepaskan peluang memilih barangan yang dijual di Bazar Jualan Amal Garaj dan Bonet Kereta Badan Kebajikan Pejabat Daerah Kubang Pasu, semalam.
HM Digital

Kubang Pasu: Harga pakaian wanita yang dijual serendah 50 sen sehelai menjadi tarikan utama pengunjung ke Bazar Jualan Amal Garaj dan Bonet Kereta Badan Kebajikan Pejabat Daerah Kubang Pasu (PDKP), di sini, semalam.

Setiausaha Badan Kebajikan dan Rekreasi PDKP Mohd Helmey Saad berkata, program yang kali pertama dianjurkan pihaknya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Lebih 20 gerai dibuka menjual pelbagai barangan seperti pakaian, barang permainan, buku dan peralatan rumah pada harga 50 sen hingga RM5.

“Hasil jualan disalurkan bagi tujuan amal dan aktiviti kebajikan dianjurkan Badan Kebajikan PDPK,” katanya ketika ditemui pada program itu, semalam.

Menurutnya, berdasarkan sambutan menggalakkan, program ini bakal diteruskan lagi pada masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Oktober 2017 @ 6:39 AM