Oleh Mohd Sharumnisham Shahbudin

Kubang Pasu: Hasrat Kelab Penghulu Kubang Pasu untuk menumpaskan Pasukan Pejabat Daerah Kubang Pasu (PDKP FC) dalam perlawanan bola sepak persahabatan tidak kesampaian apabila tumpas 3-5 di Stadium Mini Jitra, Kubang Pasu baru-baru ini.

Gol-gol pasukan Penghulu dijaringkan Sulaiman Hashim, Ahmad Shauki dan Helmey Saad, manakala PDKP menerusi hatrik Affifuddin Ismail, Ismail Din dan Muhammad Afiq Fitri Izham.

Affifuddin yang juga penyelaras kejohanan berkata, perlawanan itu diadakan bagi mengeratkan hubungan antara semua warga kerja pentadbiran daerah Kubang Pasu yang terdiri daripada unit-unit berasingan.

Hadiah dan cenderamata disampaikan Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhammad Hamdi Abdullah Zawawi yang mewakili Pegawai Daerah Kubang Pasu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 9:47 AM