Bas ekspres yang terbakar di Kilometer 121.4, Lebuhraya Pagoh - Yong Peng, Johor, hari ini. FOTO ihsan PDRM
Bas ekspres yang terbakar di Kilometer 121.4, Lebuhraya Pagoh - Yong Peng, Johor, hari ini. FOTO ihsan PDRM
Izlaily Nurul Ain Hussein


PEMANDU bas ekspres dan 10 penumpang terselamat dalam kejadian kebakaran membabitkan bas berkenaan di Kilometer 121.4, Lebuhraya Pagoh - Yong Peng, Johor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kejadian berlaku pada 1.30 petang ketika bas berkenaan bergerak dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.

"Ketika tiba di tempat kejadian, tiba-tiba tayar belakang bas itu terbakar.

"Pemandu bas berusia 53 tahun dan 10 orang penumpang bagaimanapun terselamat dan tidak cedera," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 7:51 PM