MUHAMMAD Luth meninggal dunia beberapa hari selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun. FOTO ihsan Nurain Hasnorizal
MUHAMMAD Luth meninggal dunia beberapa hari selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun. FOTO ihsan Nurain Hasnorizal
Zuliaty Zulkiffli


Kulim: "Saya sedih sangat-sangat selepas hilang dua cucu selang dua hari namun saya reda walaupun saya jaga mereka sejak lahir lagi," kata Saadiah Yaacob, 62.

Saadiah adalah nenek kepada Muhammad Akil Syauqi, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, yang meninggal dunia selepas makan keropok beracun di kawasan kebun milik penduduk kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Menurutnya, dia masih teringatkan keletah dua beradik itu yang dijaganya sejak lahir ketika ibu mereka keluar bekerja di sebuah kilang di Kulim.

"Makcik reda semua yang berlaku, dah sampai ajal mereka dah.

"Sebelum ini, masa hari kejadian, makcik berdoa sepanjang waktu solat supaya keduanya kembali sihat tetapi sampai masa mereka nak pergi jua, kami relakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Saadiah berkata, dia sebelum ini sanggup bermalam di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mengetahui perkembangan dua cucunya itu dan tidak menyangka mereka akan pergi buat selamanya.

Katanya, jenazah Muhammad Luth akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Padang Ubi, di sini terlebih dulu sebelum dibawa ke Kampung Banggol Berangan, Baling untuk dikebumikan.

Katanya, jenazah cucunya itu akan dikebumikan berhampiran abangnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan.

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik itu kritikal selepas muntah, menggelupur dan mulut berbuih pada jam 11 pagi Ahad lalu selepas makan keropok beracun dan disedari ibu mereka, Nurain Hasnorizal, 25, sebelum membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau.

Bagaimanapun keadaan mereka semakin kritikal dan dihantar ke Hospital Kulim sebelum dipindahkan ke HPP.

Muhammad Akil Syauqi disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pagi Rabu lalu ketika menerima rawatan di HPP.

'Luth sudah meninggal dunia... hilang sudah kesakitannya' - Ibu

'Separuh jiwa sudah pergi, perlu kuat demi Adik' - Nurain

Lima individu diambil keterangan bantu siasatan kes keropok beracun

JKM santuni keluarga kanak-kanak termakan makanan ringan mengandungi racun tikus

Guna racun tangani masalah monyet rosakkan kebun perkara 'biasa' - Penduduk

Keropok beracun: Lelaki direman 6 hari

Pekebun sudah serah diri, dakwa keropok beracun diikat tinggi

Arwah Akil manja, tidak banyak meragam - Bekas pengasuh

Peket kecil disyaki racun tikus ditemui di kawasan rumah pemilik kebun

Tragedi keropok racun, penduduk akan lebih berhati-hati

Akil Syauqi hembus nafas terakhir selepas ibu bisik reda dia pergi

Muhammad Akil Syauqi termakan keropok beracun meninggal dunia

Keropok beracun: Rindu keletah, tidak sanggup tengok anak sakit - Ibu

Ancaman haiwan liar dorong penduduk buat perangkap sendiri

Nenek kesal pemilik kebun gantung makanan beracun tepi pagar, mudah dicapai

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 3:56 PM