Mayat ditemui di ruang tamu rumah sewa. FOTO ihsan bomba
Mayat ditemui di ruang tamu rumah sewa. FOTO ihsan bomba
Mohd Rizal Abdullah


LELAKI berusia 76 tahun ditemui mati di ruang tamu rumah sewanya di Jalan Hillstone Utama, Miri, hari ini.

Dalam kejadian 3.45 petang itu, Kiv Teck Nyan ditemui terbaring oleh pihak bomba.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik rumah bagi membantu membuka pintu yang berkunci.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikerahkan ke lokasi bagi membantu membuka pintu dan menemui lelaki terbabit di ruang tamu.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Jun 2017 @ 8:12 PM