Ibrahim Isa


KANAK-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui mati tergantung di dapur rumahnya di Felda Cahaya Baru, Masai, Johor Bahru, 4.25 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Jokhiri Abdul Aziz berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah mangsa selepas menerima panggilan kecemasan dan mendapati mayat sudah diturunkan jiran.

"Mangsa belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Cahaya Baru Masai dan mengalami kemurungan sejak bapanya meninggal dunia tiga tahun lalu.

"Ketika kejadian, kakak mangsa keluar bekerja, manakala ibunya ke kedai. Mangsa yang tinggal bersama ibu saudara mendakwa mahu mandi, namun wanita itu terkejut apabila menemui mangsa tergantung di ruang dapur," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 4:45 PM