ZULKEFLI (tengah) beramah mesra bersama deligasi tentera sebelum merasmikan Asia Pasifik Military Health Exchange di Hotel Zenith.
ZULKEFLI (tengah) beramah mesra bersama deligasi tentera sebelum merasmikan Asia Pasifik Military Health Exchange di Hotel Zenith.

Kuantan: Pelajar tempatan yang menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti luar negara dialu-alukan menjalani latihan perubatan di hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ini kerana hospital berkenaan termasuk Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Kuala Lumpur memiliki kemudahan rawatan dan kelengkapan perubatan termoden.

Malah katanya, HATTM turut berperanan sebagai Hospital Pengajian untuk Fakulti Perubatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi perubatan ketenteraan.

“Kita terbuka mengambil graduan perubatan ini untuk menjalani latihan di hospital ATM.

“Bagaimanapun, kita tidak membuka perjawatan baharu untuk mengambil mereka berkhidmat di hospital ini kerana perkara itu tertakluk kepada bajet Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Asia-Pacific Military Health Exchange 2016 (APMHE16) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Agensi Kesihatan Tentera Laut Amerika Syarikat, Laksamana Madya Raquel Bono dan Ketua Pakar Bedah United States Pacific Command (USPACOM), Laksamana Madya Brian Pecha.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2016 @ 6:44 AM