Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Ruang parkir Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), di sini, bertukar menjadi 'wad sementara' bagi menampung pesakit Covid-19 kategori empat dan lima yang semakin meningkat di Lembah Klang.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ruang parkir bawah itu sememangnya ruang yang digazetkan sebagai Zon Pengurusan Bencana (DMZ) yang direka khas ketika awal pembinaan hospital itu bagi menghadapi kes bencana kimia dan biologi.

"Ia juga disokong dengan faktor kemudahan sedia ada yang terbina di kawasan berkenaan dari aspek bekalan kuasa elektrik, bekalan oksigen, vacuum ports dan bantuan sokongan perubatan yang mampu mengendalikan pesakit dengan kapasiti yang bersesuaian.

"DMZ berkeupayaan menyediakan 50 katil tambahan diletakkan di bawah pemerintahan Pegawai Memerintah HATM, Brigedier Jeneral Datuk Dr Rosman Ab Rahman dan Lt Kol Dr Mohamad Azlan Arrifin sebagai Komander Operasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PERSIAPAN menyediakan DMZ untuk menampung keperluan rawatan pesakit Covid-19 kategori 4 dan . FOTO Ihsan Markas ATM
PERSIAPAN menyediakan DMZ untuk menampung keperluan rawatan pesakit Covid-19 kategori 4 dan . FOTO Ihsan Markas ATM

Menurutnya, persiapan DMZ yang siap sepenuhnya pada semalam turut dibantu Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

"Ia akan beroperasi sepenuhnya untuk menerima pesakit Covid-19 bagi kategori empat dan lima hari ini," katanya yang turut membuat lawatan ke lokasi hari ini.

Beliau diiringi Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh ketika lawatan ke HATTM, hari ini.

AFFENDI meninjau HATTM bagi melihat persiapan menyediakan DMZ untuk menampung keperluan rawatan pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5. FOTO Ihsan Markas ATM
AFFENDI meninjau HATTM bagi melihat persiapan menyediakan DMZ untuk menampung keperluan rawatan pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5. FOTO Ihsan Markas ATM

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 6:28 PM