Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Cadangan penubuhan institut pendidikan Darul Hadis yang pernah dibangkitkan pada 2008 wajar diteruskan bagi mengekang penyebaran hadis palsu atau mawdu’ yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, ketika ini kajian hadis hanya membabitkan institut kajian hadis di beberapa universiti tempatan dan tiada institusi induk di peringkat kerajaan yang mengetuainya.

“Sehubungan itu, wajar jika Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diberikan amanah untuk mewujudkan Darul Hadis sebagaimana ia bertanggungjawab terhadap institusi tahfiz ulung negara, Darul Quran

“Di bawah kelolaan JAKIM yang digabung bersama kepakaran universiti tempatan, Darul Hadis boleh berfungsi untuk mengesan penyebaran hadis palsu ini supaya ia tidak dicampur adukkan dengan hadis sahih,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 10:18 AM