KEADAAN motosikal terbabit kemalangan. Gambar kecil, Mohamad Akif Rusyaiham.
KEADAAN motosikal terbabit kemalangan. Gambar kecil, Mohamad Akif Rusyaiham.
Oleh Muhamaad Razis Ismail dan Rohaida Omar

Kuala Krai: Dua beradik maut selepas bertembung sesama sendiri dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kampung Bedal, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.20 malam, Mohamad Arif Rusyaikir Mohamad Amin, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adiknya, Mohamad Akif Rusyaiham, 13, yang membonceng bersama seorang lagi rakannya meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK) jam 2.25 pagi, semalam.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Nor Shamirul Aidy Mohamad Apidin, 17, parah di kepala dan dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Superintedan Abdullah Roning berkata, ketika kejadian Mohamad Arif Rusyaikir yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Kampung Kuala Nal menghala ke Kampung Bukit Sireh.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang Mohamad Arif Rusyaikir dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal ditunggang Muhammad Nor Shamirul Aidy bersama Mohamad Akif Rusyaiham.

“Kemalangan berlaku di tempat gelap dan lampu depan dua motosikal itu dipercayai tidak berfungsi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa maut manakala seorang lagi parah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 5:11 AM