MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca
Muhamaad Razis Ismail


Kuala Krai: Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung sesama sendiri di Kilometer 96, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Laloh, malam tadi.

Dalam kejadian 10 malam itu mangsa, Mohamad Fikri Mohd Nasir, 23, dan Muhammad Zulkarnain Mat Zin, 19, maut di tempat kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, ketika kejadian Mohamad Fikri menunggang motosikal jenis Honda Wave dari arah Kota Bharu ke Gua Musang.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa bertembung dengan motosikal jenis Yamaha 125 Z dipercayai melawan arus ditunggang oleh Muhammad Zulkarnain.

"Pertembungan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 10:01 AM