SEGALA kandungan data peribadi boleh terjejas dengan aktiviti kegiatan penjualan data yang tertiris.
SEGALA kandungan data peribadi boleh terjejas dengan aktiviti kegiatan penjualan data yang tertiris.
Muhammad Saufi Hassan


Data peribadi seperti alamat, nombor telefon, emel dan bermacam lagi maklumat sensitif ada dijual di laman dagang 'dark web' dan ia tidak tertumpu kepada maklumat bersifat umum saja.

Platform laman dagang dark web berkenaan terkumpul bermacam-macam maklumat sensitif termasuk penjualan kad kredit dan pelbagai barangan terlarang lain antaranya adalah dadah.

Sebut saja berkenaan dark web, ia mempunyai konotasi yang negatif iaitu bersifat gelap, kerahsiaan dan penjualan barangan terlarang.

Itulah hakikat sebenar dark web iaitu sisi lapisan Internet yang lebih dalam.

Ia umpama melihat bongkah ais di lautan, sisi atas air dikenali sebagai laman web enjin carian yang diketahui seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya manakala bongkah yang lebih besar di bahagian dalam mempunyai pelbagai sisi gelap Internet.

Platform itu juga menjual barangan terlarang yang turut dijual di platform laman dagang pasaran gelap antaranya dadah, senjata api dan pelbagai data peribadi yang dilelong secara pukal.

Laman dagang pasaran gelap Internet ini juga turut menjual rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sesebuah kawasan, tempat atau kediaman dan ia adalah hasil penggodaman pihak tidak bertanggungjawab.

Secara teknikalnya, ia agak sukar untuk dibendung kerana kewujudan platform berkenaan adalah mengutamakan kerahsiaan, sulit dan sisi gelap dunia siber.

DATA peribadi seperti alamat, nombor telefon, emel dan bermacam lagi maklumat sensitif ada dijual di laman dagang ‘dark web’ dan ia tidak tertumpu kepada maklumat bersifat umum saja.
DATA peribadi seperti alamat, nombor telefon, emel dan bermacam lagi maklumat sensitif ada dijual di laman dagang ‘dark web’ dan ia tidak tertumpu kepada maklumat bersifat umum saja.

Agensi teknikal keselamatan siber negara iaitu CyberSecurity Malaysia (CSM) turut mengakui kewujudan laman dagang berkenaan, namun usaha untuk membanterasnya agak sukar memandangkan platform sulit itu dicipta untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Penjualan data sensitif membabitkan pengguna di laman dark web secara pukal adalah manifestasi ketirisan data yang serius berlaku ketika ini.

Penganalisis Keselamatan Profesor Dr Mohd Mizan Aslam berkata, keadaan itu mampu menggugat keselamatan negara khususnya jika ia membabitkan jumlah ketirisan yang besar.

Beliau yang juga Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata, tindakan perundangan atau penguatkuasaan sukar untuk dilaksanakan memandangkan penjualan itu menggunakan transaksi mata wang kripto.

"Ini bukan lagi isu ketirisan data atau data pengguna yang bocor, sebaliknya sudah menjadi isu keselamatan terutama jika ia membabitkan maklumat sensitif seperti nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat rumah dan sebagainya.

"Saya amat yakin bahawa data pengguna yang dijual secara pukal di laman dark web berkenaan bukan saja membabitkan nama dan alamat, sebaliknya merangkumi nombor kad pengenalan serta beberapa maklumat sensitif lain.

"Melihat dari satu aspek, data itu boleh digunakan pihak ketiga untuk tujuan penyamaran, pengintipan dan sebab itu, ia membabitkan keselamatan negara," katanya.

PLATFORM laman dagang dark web berkenaan terkumpul bermacam-macam maklumat sensitif termasuk penjualan kad kredit serta pelbagai barangan terlarang lain antaranya adalah dadah.
PLATFORM laman dagang dark web berkenaan terkumpul bermacam-macam maklumat sensitif termasuk penjualan kad kredit serta pelbagai barangan terlarang lain antaranya adalah dadah.

Menurutnya, isu keselamatan pada hari ini sudah menjadi terlalu kompleks dengan kemajuan teknologi, capaian Internet yang tiada batas serta bermacam lagi faktor yang menyumbang ke arah ancaman keselamatan secara menyeluruh.

"Apa yang kita bincangkan ini hanya satu sisi ancaman keselamatan saja, hakikatnya terdapat banyak lagi ancaman sama ada bersifat semasa ataupun lampau dan ini adalah cabaran dalam mengekalkan tahap keselamatan pada setiap masa.

"Pihak berkuasa juga berdepan dengan kesukaran terutamanya menyentuh aspek khusus dalam teknologi ini kerana ia boleh diakses oleh sesiapa saja, namun setiap kemajuan itu pastinya datang dengan sisi buruk baik," katanya.

Beliau berkata, dark web sememangnya menjual barangan terlarang dan mereka menggunakan transaksi menggunakan mata wang yang bersifat 'kerahsiaan' seperti Monero (XMR) dan Litecoin (LTC).

Menurutnya, pengguna hanya perlu memasuki laman sesawang menerusi pautan tertentu serta enjin carian khas dan melakukan transaksi menggunakan mata wang kripto.

Katanya, semua data sensitif pengguna yang diperoleh akan dijual menerusi dark web dengan harga yang murah serta secara pukal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2023 @ 7:00 AM