Migran di atas kapal penyelamat NGO Proactiva Open Arms Uno melihat bot Guardia Costiera menuju ke pulau Lampedusa, di tengah Laut Mediterranean, berhampiran pulau Lampedusa, Itali, 19 Ogos 2022. FOTO AGENSI

Bernama-ANSA

Rome: Kira-kira 30 orang dilaporkan hilang awal Ahad selepas dua kapal karam di luar kepulauan Lampedusa di Itali.

Pengawal Pantai berjaya menyelamatkan 57 pendatang dan menemukan dua mayat iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak, lapor agensi berita Itali ANSA.

Bot pertama didakwa membawa 48 penumpang dengan 45 daripadanya berjaya diselamatkan, manakala tiga lagi penumpang gagal dikesan.

Bot kedua yang membawa 42 penumpang dari Afrika Sub-Sahara, 14 daripadanya berjaya diselamatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2023 @ 5:10 PM