LELAKI berdiri berhampiran kipas ketika cuaca panas di Rom, pada Jumaat lalu. FOTO Reuters
LELAKI berdiri berhampiran kipas ketika cuaca panas di Rom, pada Jumaat lalu. FOTO Reuters
BERNAMA

Rom: Itali pada Jumaat menyenaraikan lebih 15 bandar dalam keadaan berjaga-jaga berikutan gelombang haba dijangka melanda beberapa kawasan hujung minggu ini, menurut Kementerian Kesihatan negara.

Kementerian meletakkan 15 bandar dalam senarai amaran merah pada Sabtu dan 16 pada Ahad, termasuk Rom, Bologna, Florence, Catania, Campobasso, Bari, Frosinone, Latina, Perugia, Pescara, Rieti, Viterbo, Cagliari, Civitavecchia, Messina, dan Palermo lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi Ansa.

Gelombang haba bukan sahaja mengancam warga emas, golongan rentan, dan kanak-kanak tetapi seluruh penduduk, menurut amaran itu.

Suhu dijangka melonjak 12 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata.

Ramalan Sabtu untuk Rom ialah 37 Celsius, dan 43 Celsius pada Ahad.

"Itali, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Poland semuanya menghadapi gelombang haba yang tinggi dengan suhu dijangka meningkat kepada 48Celsius di pulau Sicily dan Sardinia – berpotensi merekodkan suhu paling panas di Eropah," Agensi Angkasa Eropah memaklumkan pada Khamis

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2023 @ 9:55 AM