MAYAT pendatang terdampar di dalam sebuah bot getah yang ditemui terapung di Laut Mediterranean, kira-kira 18 kilometer nautika dari utara Libya, kelmarin.  - AFP
MAYAT pendatang terdampar di dalam sebuah bot getah yang ditemui terapung di Laut Mediterranean, kira-kira 18 kilometer nautika dari utara Libya, kelmarin. - AFP
Reuters

Rome: Lebih 4,650 pendatang diselamatkan lewat kelmarin dan 28 mayat ditemui hasil daripada lebih 30 operasi menyelamat di pesisiran pantai Libya, kata pengawal pantai Itali, semalam.

Ini membawa jumlah pendatang yang diselamatkan dalam tempoh 48 jam lalu kepada lebih 10,000 orang sementara jumlah kematian meningkat 50 orang ketika penyeludup mengambil kesempatan terhadap cuaca baik untuk belayar.

Pengawal pantai berkata, pendatang yang diselamatkan Selasa lalu terdiri daripada penumpang 33 bot, termasuk 27 bot getah.

Kawasan paling hampir Libya dengan Itali terletak 290 kilometer dari pulau Lampedusa.

Kira-kria 13 kapal pengawal pantai, selain tentera laut Itali dan Ireland, syarikat perkapalan swasta dan pertubuhan kemanusiaan terbabit dalam operasi itu.

Pengawal pantai tidak mengulas kerakyatan mereka yang diselamatkan atau yang mati.

Peningkatan mendadak pendatang bererti kemungkinan sekurang-kurangnya 142,000 pendatang tiba di Itali sejak awal tahun ini dan sekitar 3,100 orang mati dalam usaha untuk tiba di negara itu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 7:41 AM