Akuarium Skansen Aquarium, sebahagian daripada tarikan zoo di pulau Djurgarden di Stockholm. - FOTO AP
Akuarium Skansen Aquarium, sebahagian daripada tarikan zoo di pulau Djurgarden di Stockholm. - FOTO AP
AP

Copenhagen: Seekor ular tedung berbisa yang melarikan diri dari 'rumahnya' di zoo Sweden enam hari lalu kembali semula dan dijumpai berada dalam bangunan di mana terletak terariumnya.

Namun, ia masih belum ditangkap semula, kata taman itu pada Jumaat.

Ular berbisa itu melarikan diri pada Sabtu lalu melalui lampu di siling kandang kacanya di Akuarium Skansen, sebahagian daripada zoo di pulau Djurgarden di Stockholm.

Pengunjung taman yang berada di dalam bangunan di mana ular itu berada telah dipindahkan. Pihak zoo kemudiannya menilai bahawa tidak ada risiko umum untuk pekerja atau pengunjung dan seluruh zoo kekal dibuka untuk lawatan.

Menurut pengurusan taman itu, ia telah menemui reptilia itu semalaman di ruang terkurung berhampiran terariumnya dan kakitangan kini sedang berusaha untuk mendapatkannya.

Sekiranya ular itu keluar dari bangunan itu, ia tidak akan bertahan dalam iklim sejuk, kata taman itu.

Nama rasmi ular itu ialah Sir Vass (Sir Hiss), tetapi sejak melarikan diri, ia telah digelar Houdini.

Reptilia itu baru sahaja berpindah ke terarium berkenaan.

Ular tedung boleh mencapai panjang sehingga 5.5 meter dan kebanyakannya hidup di India serta Asia Tenggara, di Indonesia dan Filipina.

Zoo ini menempatkan kira-kira 200 spesies eksotik termasuk ikan, buaya, penyu, cicak, ular, tikus dan burung kakak tua.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2022 @ 6:02 PM