BELON udara yang terpaksa mendarat cemas. FOTO Agensi
BELON udara yang terpaksa mendarat cemas. FOTO Agensi
Agensi

London: Sebuah belon udara panas mendarat cemas di tengah bandar Sutton-in-Ashfield di Nottinghamshire, England kerana kehabisan bahan bakar.

Juruterbang, Andrew Davidson yang membawa tiga penumpang menganggap kejadian itu sebagai 'pengalaman seumur hidup'.

Penerbangan itu sepatutnya mengambil masa selama sejam tetapi ia melanggar tepi sebuah pusat beli-belah selepas tiba-tiba kehabisan bahan bakar.

"Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup kerana jarang berlaku.

"Ini adalah pendaratan kecemasan dan saya tidak mempunyai pilihan mencari lokasi yang sesuai untuk mendarat," katanya seperti dilapor Dailystar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 9:42 AM