BEG tangan terbaharu dariBEG rekaan eksklusif Virgil Abloh dijual pada harga RM161,039 Louis Vuittion. FOTO Agensi
BEG tangan terbaharu dariBEG rekaan eksklusif Virgil Abloh dijual pada harga RM161,039 Louis Vuittion. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Beg tangan bentuk kapal terbang rekaan terbaharu Louis Vuitton (LV) yang dijual pada harga AS$39,000 (kira-kira RM161,039) menjadi bualan penggemar koleksi itu, baru-baru ini.

Ini kerana beg dijual pada harga begitu mahal untuk koleksi musim luruh dan sejuk, malah lebih mahal daripada harga pesawat ringan terpakai yang pernah dijual di laman eBay, lapor Oddity Central.

Disifatkan sebagai beg 'Keepall', aksesori berkenaan lengkap dengan bentuk ekor pesawat dan enjin dihiasi logo khas LV.

Ia rekaan eksklusif Virgil Abloh dan satu daripada koleksi fesyen lelaki untuk jenama itu pada tahun ini.

Karya pereka itu sering mengundang kritikan peminat fesyen yang menyifatkan rekaannya terlalu dibebankan dengan konsep.

Dilancarkan Januari lalu, ia menampilkan idea hebat, namun tumpuan lebih terarah kepada beg berkenaan yang turut memaparkan monogram ikonik LV.

Gambar beg tangan Abloh itu beberapa bulan tersebar, tetapi ia tular selepas seorang pengguna membandingkan harganya dengan pesawat ringan yang pernah dijual di laman eBay.

Menurut individu berkenaan, harga beg itu lebih mahal berbanding harga pesawat satu enjin Cessna yang dijual pada harga AS$32,000 (kira-kira RM132,116) di eBay.

"Anda boleh beli kapal terbang sebenar pada harga lebih rendah," kata pengguna Twitter yang dikenali sebagai Valeska.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 April 2021 @ 6:30 AM