NASKHAH salinan lama menyaksikan kemunculan sulung watak Superman dalam komik ‘Action Comics No 1; diterbitkan pada 1938 dilelong dengan rekod AS6 juta (kira-kira RM28.5 juta). FOTO Agensi
NASKHAH salinan lama menyaksikan kemunculan sulung watak Superman dalam komik ‘Action Comics No 1; diterbitkan pada 1938 dilelong dengan rekod AS6 juta (kira-kira RM28.5 juta). FOTO Agensi
Agensi

Washington: Naskhah salinan lama yang menyaksikan kemunculan sulung watak Superman dalam komik 'Action Comics No 1' diterbitkan pada 1938 dilelong pda harga rekod iaitu AS$6 juta (kira-kira RM28.5 juta) pada lelongan, sekali gus menjadikannya buku komik paling mahal di dunia.

United Press International (UPI) melaporkan Heritage Auctions berkata lelongan pada Khamis yang memecahkan rekod itu menarik bidaan yang tinggi sehingga muncul pemenang dalam kalangan pembida.

Buku komik itu menampilkan Man of Steel yang ikonik pada kulitnya sudah diperiksa oleh perkhidmatan penggredan koleksi, syarikat Certified Guaranty Company (CGC).

Ia diberikan gred 'Sangat Halus+ 8.5' menjadikannya salinan gred ketiga tertinggi 'Action Comics No 1' yang diketahui masih wujud.

CGC berkata hanya kira-kira 100 naskhah komik itu dipercayai masih wujud, memandangkan perkhidmatan itu hanya menggredkan 78 naskhah selama ini.

Komik itu diterbitkan oleh National Allied Publications, pendahulu kepada Komik DC zaman moden.

Rekod sebelum ini untuk buku komik termahal ialah salinan Superman No 1 yang dijual secara persendirian pada harga AS$5.3 juta (kira-kira RM25.2 juta) pada 2022.

Buku komik termahal sebelum ini yang dijual di lelongan ialah salinan CGC Near Mint+ 9.6 Amazing Fantasy No 15, penampilan pertama Spider-Man, yang dijual pada harga AS$3.6 juta (kira-kira RM17.09 juta pada September 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2024 @ 3:45 PM