ORANG ramai cuba menenangkan wanita yang sedang memeluk jenazah anak perempuannya  yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Rafah di Hospital al-Najjar. FOTO AFP
ORANG ramai cuba menenangkan wanita yang sedang memeluk jenazah anak perempuannya yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Rafah di Hospital al-Najjar. FOTO AFP
Agensi

Gaza: Wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum yang melaporkan dari Khan Younis di Selatan Gaza berkata, situasi di lapangan di Semenanjung Gaza adalah 'sangat menakutkan'.

Serangan Israel sejak memulakan semula operasi ketenteraan selepas gencatan senjata berakhir pada Jumaat mensasarkan utara dan selatan wilayah Palestin, lapor Al Jazeera.

Tentera Israel juga menggugurkan risalah memberi amaran kepada rakyat Palestin memaklumkan selatan Gaza kini menjadi zon pertempuran dan mereka harus melarikan diri lebih jauh ke selatan, ke bandar Rafah.

Tetapi, Rafah turut mengalami serangan udara yang teruk daripada tentera Israel dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kata Azzoum.

"Serangan udara Israel memusnahkan beberapa bangunan dan meragut nyawa lebih 100 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Hanya dalam beberapa minit terakhir, lebih banyak serangan Israel dilakukan di Bandar Khan Younis.

"Tiada tempat selamat di Gaza. Serangan berterusan, walaupun di Rafah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 9:17 AM