PENGAKAP Palestin berarak sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Aqsa. FOTO AFP.
PENGAKAP Palestin berarak sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Aqsa. FOTO AFP.
Agensi

Baitulmaqdis: Sambutan Maulidur Rasul di timur Baitulmaqdis, semalam dicemari insiden penahanan enam rakyat Palestin oleh polis Israel.

Penahanan itu dikatakan berlaku ketika umat Islam berarak, yang bermula di Jalan Salah al Din di timur Baitulmaqdis dan berakhir di Masjid Al-Aqsa.

Polis Israel mendakwa peserta perarakan membaling batu dan botol ke arah mereka di Damascus Gate, menyebabkan seorang daripada pegawainya cedera.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pula memberitahu lima peserta perarakan cedera ringan.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Palestin dilapor memberitahu dua remaja Palestin berusia 18 dan 19 tahun maut dalam serbuan tentera Israel di Tebing Barat.

Dilaporkan serbuan itu bagi mengesan suspek berusia 25 tahun disyaki terbabit aktiviti keganasan di kem pelarian Jenin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2022 @ 3:10 PM