NAFUZI Zain. FOTO KDA FC
NAFUZI Zain. FOTO KDA FC
Izzali Ismail


Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berazam meningkatkan ketajaman mendapatkan gol pada aksi menentang Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam esok.

Ia selepas Sang Kenari gagal membawa pulang sebarang mata selepas tewas 0-1 kepada Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Ketua jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain berkata, pihaknya mengakui terdapat kelemahan di beberapa bahagian yang dikenalpasti pada aksi pertama itu.

"Kita tahu ada beberapa aspek kelemahan seperti bahagian serangan di mana kami gagal memanfaatkan beberapa peluang yang hadir untukmendapatkan gol. Ia satu kerugian buat pasukan dalam usaha memungut mata.

"Kita mampu mencipta peluang dan saya anggap itu cukup penting buat kami dan tidak merisaukan saya, namun dari aspek penyudah itulah yang kita perlu lebih tingkatkan dan sedang kita perbaiki untuk berdepan Perak FC kali ini.

"Jika ada sahaja peluang yang kita cipta, kita perlu memastikan dapat menghasilkan gol dengan usaha seratus peratus yang ada.

Ini perlu kita atasi untuk tidak lagi berhadapan sepertimana aksi bertemu Selangor FC sebelum ini yang meyebabkan kita gagal membawa pulang sebarang mata," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 9:08 PM