TETSUYA Yamagami ketika ditahan selepas menembak Shinzo Abe, semalam. FOTO EPA.
TETSUYA Yamagami ketika ditahan selepas menembak Shinzo Abe, semalam. FOTO EPA.
BERNAMA

Tokyo: Tetsuya Yamagami yang ditahan kerana didakwa membunuh bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat, berkata dia mahu menentang kumpulan tertentu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Abe.

"Emak saya, terbabit juga dengan kumpulan ini, memberi sejumlah besar sumbangan dan hidup kami hancur akibat perbuatan itu," lapor Sputnik yang memetik stesen penyiar Jepun NHK.

Maklumat mengenai jenis kumpulan itu tidak didedahkan.

Abe, 67, diserang pada pagi Jumaat di bandar Nara, Jepun ketika sedang berkempen.

Yamagami, 41, menghampiri Abe dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki) menggunakan pistol buatan sendiri. Menurut polis Abe masih sedar selepas cedera, keadaannya kritikal ketika dalam perjalanan ke hospital "disebabkan masalah jantung dan paru-paru."

Beliau disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian oleh hospital Universiti Perubatan Nara.

POLIS meninggalkan kediaman suspek di Nara selepas pemeriksaan. FOTO EPA.
POLIS meninggalkan kediaman suspek di Nara selepas pemeriksaan. FOTO EPA.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 1:26 PM