TETSUYA Yamagami.  FOTO Reuters.
TETSUYA Yamagami. FOTO Reuters.
Reuters

Tokyo: Suspek kes pembunuhan bekas perdana menteri Shinzo Abe akan menjalani penilaian psikiatrik sehingga akhir tahun ini, lapor media Jepun hari ini.

Tetsuya Yamagami, 41, yang tidak bekerja dikenal pasti polis sebagai suspek yang mendekati Abe ketika berkempen di Nara pada 8 Julai lalu dan melepaskan tembakan dengan senjata buatan sendiri.

Mahkamah Nara di barat Jepun membenarkan permohonan pendakwa raya untuk Yamagami menjalani pemeriksaan psikiatrik, lapor Nikkei dan media lain.

Penilaian itu akan berlangsung sehingga 29 November, kata Nikkei, dan akan menentukan sama ada Yamagami akan didakwa kerana menembak atau tidak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Julai 2022 @ 11:58 AM