Reuters

Tokyo: Pendakwa raya Jepun mula mendakwa suspek lelaki yang disyaki membunuh bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe, lapor akhbar Yomiuri.

Pejabat Pendakwa Raya Daerah Nara mendakwa Tetsuya Yamagami, 42, atas tuduhan membunuh serta melanggar undang-undang senjata api selepas menyelesaikan penilaian psikiatri selama kira-kira enam bulan, kata laporan itu.

Dalam jenayah yang mengejutkan dunia, Yamagami ditahan di tempat kejadian pada 8 Julai lalu selepas didakwa menembak Abe dengan pistol buatan tangan ketika bekas perdana menteri itu sedang berucap pada kempen pilihan raya di bandar Nara.

Tetsuya Yamagami GAMBAR fail/ FOTO AFP
Tetsuya Yamagami GAMBAR fail/ FOTO AFP

Dia dilaporkan menyimpan dendam terhadap Gereja Penyatuan yang kontroversi kerana menyebabkan keluarganya miskin selepas memujuk ibunya untuk menderma kira-kira 100 juta yen (RM3,358,392.84) dan menyalahkan Abe kerana mempromosikan pertubuhan agama itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2023 @ 3:20 PM