TANGKAP layar daripada video Youtube menunjukkan detik kanak-kanak itu diselamatkan.
TANGKAP layar daripada video Youtube menunjukkan detik kanak-kanak itu diselamatkan.
Agensi

New Delhi: Kanak-kanak lelaki tiga tahun diselamatkan selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 12 meter di Bihar, India, baru-baru ini.

Video yang tular di laman sosial menunjukkan mangsa, Shivan Kumar dibawa keluar dari perigi di wilayah Nalanda oleh anggota penyelamat, sambil disaksikan oleh ibunya yang cemas.

Dia diselamatkan oleh Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan India, selepas terperangkap selama enam jam di dalam perigi berkenaan.

The National News memetik Times of India melaporkan, mangsa, Shivan dikejarkan ke hospital dan masih dalam pemerhatian walaupun dalam keadaan stabil.

"Telaga gerudi itu dibuat oleh petani dan tidak digunakan.

"Ia tidak berfungsi di sini, jadi mereka berpindah ke lokasi lain, dan telaga ini masih terbuka," kata Naib Presiden Nagar Panchayat Nalanda, Nalin Maurya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2023 @ 9:58 AM