PENUMPANG di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai. FOTO EPA
PENUMPANG di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai. FOTO EPA
AFP

Beijing: Tiada kes jangkitan tempatan Covid-19 dilaporkan di China pada Isnin.

Pihak berkuasa dilihat berjaya mengekang virus itu yang kembali menular di negara itu dengan varian Delta, menerusi ujian saringan besar-besaran dan sekatan pergerakan (lockdown) bersasar.

Penularan terbaharu, bermula pada pertengahan Julai apabila pekerja pembersihan di lapangan terbang di Nanjing disahkan positif, adalah paling serius sejak virus itu dikesan di Wuhan, tahun lalu.

Ribuan orang dijangkiti di puluhan bandar.

Susulan itu, kerajaan menguatkuasakan lockdown, larangan perjalanan dan ujian besar-besaran di kawasan kejiranan sebagai strategi sifar kes.

Jangkitan tempatan terbaharu itu menurun dalam tempoh dua minggu.

Pada Isnin, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan mengesahkan jangkitan tempatan adalah sifar, selepas tempoh lima minggu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Ogos 2021 @ 1:25 PM