GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Wellington: New Zealand pada Isnin melanjutkan sekatan pergerakan (lockdown) kebangsaan, dengan Perdana Menteri Jacinda Ardern menyatakan penularan varian Delta masih belum memuncak.

Ardern berkata, penularan pantas varian yang mudah berjangkit itu menyebabkan terlalu awal untuk menamatkan lockdown yang dikuatkuasakan minggu lalu.

Ia selepas satu kluster dikesan di Auckland, menamatkan rekod sifar jangkitan tempatan Covid-19 selama enam bulan.

Ardern berkata, 35 kes baharu sudah direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 107, dengan lebih 13,000 kontak rapat masih menjalani ujian saringan.

Lockdown sebelum ini sepatutnya berakhir pada lewat Selasa tetapi Ardern mengarahkan untuk ia disambung sehingga Jumaat (untuk peringkat kebangsaan), dan sehingga 31 Ogos untuk di Auckland.

Strategi sifar kes Covid-19 di New Zealand yang menyaksikan hanya 26 kematian berbanding lima juta penduduknya.

Ketika ini, hanya 20 peratus daripada populasinya sudah divaksin sepenuhnya, antara terendah untuk negara maju.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Ogos 2021 @ 2:25 PM