PENDUDUK menjalani ujian saringan Covid-19 di Shanghai. FOTO AFP
PENDUDUK menjalani ujian saringan Covid-19 di Shanghai. FOTO AFP
AFP

Shanghai: China melaporkan lebih 20,000 kes Covid-19 pada Rabu, dengan Shanghai menjadi pusat lonjakan virus walaupun ia masih dalam sekatan pergerakan (lockdown).

Strategi 'sifar-Covid' di negara itu mengalami tekanan yang besar apabila jumlah kes meningkat.

Sehingga Mac lalu, China berjaya mengekalkan kes harian rendah dengan tindakan penutupan segera setempat, ujian besar-besaran dan sekatan ketat terhadap perjalanan antarabangsa.

Tetapi kes harian mencecah ribuan setiap hari, dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pegawai mengatakan mereka mengesan mutasi varian Omicron yang sangat mudah ditularkan berhampiran Shanghai.

"China merekodkan 20,472 jangkitan pada Rabu," kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional (NHC) China dalam satu kenyataan sambil menambah bahawa tiada kematian baharu.

Ia adalah jumlah jangkitan harian tertinggi negara yang diberikan oleh pihak berkuasa, walaupun semasa kemuncak wabak awal yang berpusat di sekitar Wuhan.

Bagaimanapun, kebanyakan kes adalah tanpa gejala.

Namun di Shanghai, kemudahan kuarantin untuk orang yang diuji positif .

Ini termasuk mengasingkan bayi dan kanak-kanak positif Covid-19 daripada ibu bapa yang diuji negatif di mana dasar itu menimbulkan kebimbangan dan kesedihan keluarga.

Shanghai, bandar terbesar di China dengan 25 juta penduduk, dikenakan sekatan pergerakan secara berperingkat minggu lalu.

Susulan itu, pihak berkuasa melaksanakan ujian saringan besar-besaran bagi mengesan individu positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2022 @ 2:41 PM