KALA jengking jenis Deathstalker kini menjadi buruan kerana harga bisanya yang mahal. FOTO Agensi
KALA jengking jenis Deathstalker kini menjadi buruan kerana harga bisanya yang mahal. FOTO Agensi
Agensi

New York: Bisa kala jengking Deathstalker menjadi cecair termahal di dunia apabila dijual pada harga AS$39 juta (kira-kira RM157 juta) untuk satu gelen (kira-kira 3.7 liter).

Haiwan jenis ini antara kala jengking paling berbahaya dalam kategorinya, lapor portal Odditycentral.com.

Bagi seekor kala jengking dewasa, ia mampu menghasilkan dua miligram cecair bisa pada satu-satu masa.

Walaupun bisanya tidak mampu membunuh lelaki dewasa namun ia dikatakan dapat membunuh kanak-kanak dan orang tua.

Malah, bisanya juga dikatakan 100 kali lebih sakit daripada sengatan lebah.

Sudah pasti kesakitan berbeza dan subjektif namun berdasarkan kenyataan pakar ia sudah cukup untuk menyakitkan mangsa.

Untuk mendapatkan campuran toksik yang baik, seseorang itu perlu mencampurkan bisa kala jengking itu secara manual.

Walaupun berbahaya, namun bisa kala jengking itu dikatakan mampu menjadi bahan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 6:32 AM