KUMPULAN lelaki yang ditahan selepas cuba menawan sebuah hospital. FOTO AFP
KUMPULAN lelaki yang ditahan selepas cuba menawan sebuah hospital. FOTO AFP
AFP

Quito: Polis di Ecuador, pada Ahad, menahan 68 pengganas kerana cuba menawan sebuah hospital di barat daya negara, di tengah-tengah perang antara sindiket dadah dan pasukan keselamatan.

"Kami meneutralkan dakwaan pengganas yang cuba menawan sebuah hospital di Yaguachi, Guayas," ciap polis di platform X.

Mereka yang ditahan dipercayai cuba menyelamatkan rakan sekerja yang dimasukkan ke hospital akibat kecederaan, beberapa jam sebelum itu.

Polis berkata, mereka turut menyerbu sebuah 'pusat pemulihan' yang menempatkan pusat perintah kumpulan dan rumah pelacuran, selain tempat persembunyian beberapa ahli kumpulan itu.

Senjata api dan dadah turut dirampas.

Pihak berkuasa Ecuador, baru-baru ini, menutup ratusan pusat sedemikian, pada sebenarnya adalah hospital rahsia yang dikendalikan oleh kumpulan dikatakan pegawai tidak mempunyai kemudahan sesuai untuk penjagaan pesakit.

Selepas dianggap sebagai benteng keamanan di Amerika Latin, Ecuador terjerumus ke dalam krisis selepas pengembangan bertahun-tahun oleh kartel transnasional yang menggunakan pelabuhannya untuk menghantar dadah ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Selepas beberapa keganasan baru-baru ini yang dicetuskan selepas ketua kartel Adolfo Macias yang juga dikenalli sebagai Fito, meloloskan diri dari penjara.

Susulan itu, Presiden Daniel Noboa mengumumkan darurat dan mengisytiharkan negara itu berperang dengan kumpulan pengganas.

Kartel dadah bertindak pantas, mengancam untuk membunuh orang awam dan pasukan keselamatan serta menjadikan puluhan pegawai polis dan penjara sebagai tebusan.

Terdapat kira-kira 20 kumpulan penjenayah di negara dengan 17 juta penduduk ini. Ahli kumpulan itu melebihi 20,000 orang.

Rabu lalu, seorang pendakwa raya yang menyiasat serangan oleh geng bersenjata di stesen televisyen, ditembak mati di bandar pelabuhan Guayaquil.

Laporan media pada Ahad berkata, pendakwa raya terbunuh, Cesar Suarez, juga sudah menyiasat ahli keluarga Fito.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2024 @ 10:34 AM