RAJA Salman Abdulaziz Al Saud. FOTO Arkib NSTP
RAJA Salman Abdulaziz Al Saud. FOTO Arkib NSTP
Agensi

Riyadh: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, 84, dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal untuk menjalani pemeriksaan perubatan, hari ini.

Agensi berita rasmi Saudi Press Agency (SPA), melaporkan baginda dimasukkan ke hospital kerana masalah hempedu bengkak.

Menurut kenyataan Istana Diraja, Raja Salman yang juga Penjaga Dua Kota Suci, dimasukkan ke hospital bagi menjalani beberapa ujian kerana mengalami masalah hempedu bengkak.

Raja Salman menjadi Putera Mahkota Arab Saudi dan Timbalan Perdana Menteri selama hampir dua setengah tahun bermula Jun 2012 sebelum ditabalkan sebagai Raja.

Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Gabenor Riyadh selama lebih 50 tahun.

Berikutan perkembangan terbaru itu, Putera Mahkota Mohammed Salman, diisytihar sebagai pemerintah gantian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2020 @ 1:26 PM